Khamis, 19 April 2012

Batu Karang


Batu karang dalam ginjal?

Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia. 

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu karang tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar. 

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera. 

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya. 

Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu karang dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita. 

Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda. 

Apakah tanda-tandanya?

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar. 

Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera. 

Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati?

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan sesuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini. 

Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu. 

Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.

Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Ginjal

1. Rasa pedih ketika kencing
2. Rasa loya ( mual ) & muntah tanpa sebab
3. Rasa seperti pasir berada dalam badan
4. Air kencing kotor & berbau busuk
5. Rasa sakit di kawasan pinggang
6. Rasa sakit pada alat sulit

Rawatan Batu Karang Dalam Ginjal

1. Peringkat Awal - Perubatan Biasa
2. Peringkat Kedua - Pembedahan / Lithotritpsy
3. Peringkat Serius - Dialisis / Pemindahan Buah Pinggang 

Kesan Pemecahan Batu Karang

Bidang perubatan boleh menghancurkan batu karang, tetepi serpihannya akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat ketika hendak keluar melalui saluran kencing. Jika batu itu tersekat, pembedahan terpaksa dilakukan. 

Kesan Pemindahan Buah Pinggang

Secara teori, pemindahan buah pinggang nampak mudah iaitu dengan manggantikan buah pinggang lama dengan yang baru. Namun masalah akan timbul jika tubuh pesakit tidak serasi dengan buah pinggang yang baru. 

______________________________________________________________________________



Batu Karang Dalam Hempedu 

Cholelithiasis atau batu karang dalam pundi hempedu semakin menular dikalangan kita kerana pemakanan yang tidak seimbang. Faktor diabetes, masalah thyroid(hypothyroidism) dan jangkitan parasit juga menjadi penyebab penyakit ini.

Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Hempedu

1. Sakit / kembung dibahagian kanan perut
2. Rasa sakit bila ditekan pada tepi ulu hati
3. Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas
4. Rasa loya & muntah tanpa sebab
5. Badan rasa tidak bermaya
6. Kurang selera makan
7. Demam 

* Tanda-tanda ini kerap berlaku selepas beberapa jam memakan makanan berminyak

Kesan-Kesan Batu Karang Dalam Hempedu

1. Kerosakan Hati & Pankreas
2. Hepatitis B (demam kuning)
3. Kematian

Rawatan Batu Karang Dalam Hempedu

Pembedahan membuang pundi 

______________________________________________________________________________


Cara Mengatasi Penyakit Batu Karang 


1) Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing 



2) Elakkan minuman yang manis terutama minumam berkarbonat. 

3) kekurangan vitamin B6 dan potasium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, makanan berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang dapat membantu mengurangkan masalah ini.


4) Elakkan makanan yang kaya asid oksalk seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh. 

5) Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan makanan yang manis. 


6) Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan berserat. 

7) Kurangkan sumber protein haiwan, sebaiknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan. 


8) Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan