Sabtu, 28 April 2012

Majlis Pernikahan Fasha Sandha & Rizal Ashram





Pada 27 april 2012, dalam suasana yang romantik di Tingkat 30, Hotel Crowne Plaza Mutiara, pelakon popular Fasha Sandha, 28 tahun selamat diijabkabulkan bersama pasangannya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli (Jejai), 36 tahun.

Dengan dua kali lafaz, Fasha Sandha dan Jejai sah menjadi suami isteri sekitar jam 9.45 malam. Pasangan telah pun dinikahkan oleh bapa kandung Fasha sendiri, Hassan Mohaideen bersaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad dengan mas kahwin RM8,888.88 yang merupakan nombor kegemaran Rizal Ashram.

Enggan mendedahkan wang hantaran, Fasha telah menerima, tujuh dulang hantaran antaranya sebentuk cincin, beg tangan berjenama Louis Vuitton, senaskhah Al-Quran dan telefon bimbit jenama Samsung Galaxy Note.Manakala sebagai balasan, Jejai pula menerima sembilan dulang hantaran antaranya coklat, sebentuk cincin, dan sebuah buku berjudul Terima Kasih Atas Cinta Ini. 

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 250 tetamu yang terpilih sahaja iaitu keluarga kedua-dua belah pasangan iaitu kedua ibu bapa kandung Fasha, ayah tirinya Mohd Faisal, ayah Jejai, bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, teman rapat, rakan artis dan wakil media. Antara rakan artis yang hadir ialah Tomok dan isteri, Didie Alias, Faradhiya, Nor Aliah Lee, Rebecca Nur Al Islam dan Nadia Mustafar. Majlis diserikan oleh Linda Onn selaku pengacara.

Mula berkawan secara rapat sejak empat tahun lalu, sifat matang dan bertanggungjawab yang dimiliki Jejai, akhirnya membuka pintu hati pelakon kelahiran Johor Bahru tersebut untuk menerimanya sebagai pasangan hidup.Perkahwinan ini merupakan yang pertama buat Fasha dan yang kedua buat Jejai.

Sebelum ini, Jejai telah pun mendirikan rumahtangga bersama pelakon Nora Danish dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Putra Rayqal Ramli, 3tahun.


























Tiada ulasan:

Catat Ulasan